Asal usul panggilan Orang Melayu Brunei

Berdasarkan statistik bancian terdahulu, panggilan "Melayu Brunei" hanya diiktiraf secara rasmi selepas "Bancian Kategori Etnik Brunei 1921", yang mana ianya berbeza dari bancian pada tahun 1906 dan 1911 yang hanya menyatakan "Barunays" (Brunei atau Orang Brunei). Pengubahsuaian berkemungkinan dilakukan berikutan kesedaran masyarakat Brunei berkenaan identiti Melayu mereka.[2]